Pages

12 February 2011

Blog Bermusim

Dengan gagah gigih masih menaip lagi walau jam berdetik menunjukkan pukul 2.00 pagi. Esok perjalanan jauh mahu ditempuh. InsyaAllah bertemankan seorang sahabat. Bersedialah, esok mahu berjuang di sepanjang perjalanan. Blog ini akan diupdate bermusim. Sekarang musim assignment tengah banyak. Dengan kurangnya bahan-bahan nak membuat assignment maka aktiviti blog dibiarkan sepi. Harap maaf. Bila diimbas memang blog ini sangat bermusim dan memboringkan.

Kenyataannya, hidup sebagai bakal guru yang makan duit kerajaan tiap-tiap semester, terpaksa gigih melunaskan tanggungjawab sebagai pelajar IPG. Seribu kali maaf lagi. Terlalu banyak perkara terpendam dalam hati sejak kebelakangan ini. Bimbang diri akan meletup bila-bila masa dek kerana tekanan melampau melanda diri. Esok, perjalanan yang jauh akan ditempuh sedaya-upaya. Doakan aku selamat. 3 assignment penting berserta tugasan memohon sponsor untuk menjalankan kajian perlu diselesaikan. Ya Allah, permudahkan segalanya. Amin.

No comments: