Pages

11 February 2011

Ingatlah...

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka.." (Surah Ar-Ra'ad, ayat 11)

Ingatlah, tak perlu kau menuding jari menyalahkan sesiapa apabila kau lihat seseorang lebih dari engkau. Kerana sesungguhnya rahmat dan nikmat yang kau dapat adalah hasil dari usaha yang dikerjakan. Jika lebih, itulah ketentuan Allah untuk usaha yang lebih. Yang pipih takkan datang melayang, yang bulat tak mungkin datang bergolek. Daripada menuding jari ke arah lain, lebih baik muhasabah diri. Tiada insan yang sempurna maka berusahalah moga setiap kelemahan dan kekurangan ditutupi oleh usaha berterusan membaiki kekhilafan. Berusaha itu lebih baik daripada kau hanya menunggu lantas iri hati dengan usaha orang lain. Rezeki ada di mana-mana maka bertebaranlah mencari rezeki di muka bumi. Moga kesudahan yang baik jua buat kita. Amin ~~

2 comments:

CikBulat said...

salam. eh sila lah tggalkan email ikut mcm term tp harap alert dgn sticky post CB. 21hb bru start design smua. :) ikut turn :) kalau boleh sabar, sila emelkn ye. hehe

CHEGU ALONG said...

CB~> dah email dah..huhu