Pages

22 April 2011

Bila Aku Baik, Kau Amik Kesempatan Pulak!!

Assalammualaikum. Lama tak menulis. Hari ni hari keempat tahan diri dari bukak laptop. Dan entah ke berapa minggu tidak menulis dalam blog. Walaupun pada dasarnya rindu. Tapi entahlah, tak tahu kenapa sukar sangat nak meluahkan apa yang dirasakan ada dalam hati. Apa yang paling kuat aku rasakan saat ini adalah kerinduan kepada semua di rumah. Rindu pada ibu, abah dan adik2, rindu pada masakan ibu, rindu mahu ronda naik m0tor sambil kena kejar dengan anjing kat taman, rindu nak jatuh longkang masa blaja motor, rindu abah bawak jalan2 kat tesco. Pendek kata perkara yang orang lain anggap simple dan merepek pun sangat berharga kepada aku bila dapat balik rumah. Mungkin bagi sesetengah orang, "Ala.. relaks ah. Bila-bila boleh balik kot. Aku tak balik tak kisah pun??"

Hello!! Itu engkau! Bukan aku.. Ada mintak duit kau nak tampung aku balik kampung ke? Takda kan? Ok, fine! Aku mungkin anak manja sibuk nak balik jumpa mak bapak kat kampung. So what? Ada kacau kau??

** Mood : mahu balik kampung..

No comments: