Pages

09 April 2011

KALAM'11

Bismillahirahmanirahim..
Kembali menulis malam nie. Ada kelapangan selepas seharian penat di perjalanan ke Tanjung Malim. Hari ni aku, Syud, Nabila and Atina join Pertandingan Kuiz Sejahtera Alam Sekitar Antara IPT sempena Karnival Alam Sekitar 1 Malaysia 2011 (KALAM' 11) kat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Alhamdulilah, kami adalah antara peserta dari IPG daripada 24 pasukan yang turut sama bertanding.

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa hantar 3 kumpulan sebagai wakil IPG mereka tapi nasib tak menyebelahi mereka. Apa yang nak tergelaknya adalah kami berempat mula membaca isu alam sekitar bermula malam semalam memandangkan minggu ni packed dengan assignment dan Hari Bersama Pelanggan anjuran JPP. Ingatkan nak balik awal hari ni tapi nama IPG KPI diumukan sebagai finalis untuk peringkat akhir pertandingan kuiz tu. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami. Tapi kami tak prepare pun untuk ke final jadi semuanya dengan tawakal dan redha jek. huhu..

Pusingan 1 ada 30 soalan dan pusingan kedua ada 15 soalan dengan pendefinisian istilah berkaitan alam sekitar. Tamat kedua-dua sesi, majlis penutupan mengambil alih. Alhamdulillah, IPG KPI diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga. Walaupun dapat number 3 tapi aku dah cukup bersyukur sebab menjadi wakil satu-satunya IPG ke peringkat akhir melawan IPTA yang lain. Jadi berbaloi la kami datang dari jauh dengan membawa pulangan RM 500, sijil penyertaan dan plak.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang menyokong. Tak lupa kepada pensyarah, Puan Fazida dan anaknya, Farah Syafinaz atas sokongan kamu semua. Sayang kamu banyak2! Moga kejayaan terus dirai oleh kita.

~ Malam nie pasti tidur lena. Sibuk bersenang-lenang sebelum menghadap assignment pada esok hari. Daaa....

No comments: