Pages

03 April 2011

Tipulah Kalau Aku kata Aku Tak Rindu..

Tipulah kalau aku kata aku tak rindu.. Aku memang rindu nak update blog macam dulu. Orang tua-tua kata masa zaman kerajinan dan zaman kegemilangan. Masa follower berduyun-duyun masuk, masa traffik naik mencanak-canak. Tipulah kalau aku tak rindu nak menulis macam dulu. Tipulah aku tak rindu nak blogging dan blogwalking macam dulu. Tipulah kalau aku katakan "erm.. tak rindu pun". Dari menulis, aku berkenalan, berkawan dan rapat dengan orang lain. Walau hanya dalam alam maya ini, persahabatan yang terjalin tetap bererti. Tipulah kalau aku kata aku tak rindu mereka. Memang aku salah terus biarkan blog ini terbiar biarpun pada asalnya aku hanya berniat untuk tinggal sekejap sahaja.Ya! Pada asalnya hanya sekejap. Tipulah kalau aku kata aku nak tutup blog ni selama-lamanya. Terniat nak kembali menulis tapi entah bila. Mungkin satu hari nanti tapi aku sendiri tak pasti. Tipulah kalau aku katakan aku tak rindu langsung kat blog CHEGU ALONG ni. Ini medium aku. Tempat aku luahkan segalanya sebelum ni. Tipulah kalau aku kata aku dah lupakan semua ni..

No comments: