Pages

07 May 2011

Blok E dan Aku

Assalammualaikum...
Penat dan lelah berkemas di blok E baru selesai. Keputusan rasmi membenarkan semua penghuni untuk balik ke blog masing-masing membuatkan aku menarik nafas lega. Aku, Bella, Syud, Tikah dan Nurin kekal di Blok E. Bagi aku dan Nurin, Alhamdulillah kami masih di bilik yang sama. Satu keputusan rasmi yang benar-benar melegakan hati. Malam ni semua budak perempuan yang ada di hostel dan beberapa yang lain berjanji untuk keluar bersama makan beramai-ramai di luar. Hari minggu yang relax sebelum menempuh study week minggu hadapan. Exam pertama mungkin pada 19 Mei 2011, exam EDU - Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Berharap semua urusan dipermudahkan. Hasrat hati mahu mula membuka buku mulai esok atau Isnin. Malam nie mahu makan dan bergembira tambahan pulak demam dan selsema yang teruk selama 3 hari mula beransur pulih. Alhamdulillah..

* Berharap dapat kembali ke bilik lama di Blok E. :)

No comments: