07 May 2011
Makan Sampai Kembong!!
Curently baru balik dari Chaiyo Bistro, berjalan kaki selepas Maghrib dengan 8 dara yang lain.. Syud, Nisak, Zaty, Tiqah, Nurin, Wany, Pjah and Mira. Sangat riuh sepanjang jalan. Langkah kaki laju menuju ke kedai makan. Perut masing-masing lapar..Sampai di Chaiyo, 3 yang lain menunggu.. Abg Long, Yuyu and Yati. Makanan dan minuman diorder. Mulut riuh menyatakan kehendak selera masing-masing. Dapat makanan dalam masa setengah jam selepas itu. Mulut senyap, bisu menghadap makanan mengisi tuntutan nafsu makan yang kelaparan. Menu pilihan malam nie nasi putih, tom yam campur, telur dadar dan kerang bakar yang dibelanja oleh pasangan Abg Long dan Yuyu. Limau ais meenjadi pilihan menghilangkan dahaga di tekak. Habis makan, sempat lagi order teh o ais limau untuk dibawak balik. Buat penghilang dahaga sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Lepas makan, mulut masing-masing riuh semula. Tiba di bilik 10.30 malam. Terima kasih semua yang join tadi. Oh, perut is officially kenyang sebab dah makan sampai kembong!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment