Assalammualaikum.
Mood menulis kadang2 membara macam api kuali chef kedai makan Cina yang menyala-nyala.Korang pernah tengok tak api macam tu?Kalau tak pernah,sila angkat kaki jauh-jauh dari sini sebab korang takkan pernah akan paham apa yang aku cuba katakan nie.
Ok,bukan nak story pasal api menyala-nyala tapi tu la perumpamaan yang paling mudah aku katakan pasal mood menulis aku ni.Pada asalnya aku cuma nak private blog aku ni sebab aku rasa macam banyak sangat aku nak 'otter' atau bahasa paling mudah nak ubahsuai la konon..
Tapi akhirnya blog aku ni terus terbengkalai macam besi buruk belakang umah aku. Ok, fine! Salah satu sebab yang membataskan aku menulis blog adalah sebab aku ni mana ada 'berukband' macam bloggers lain. Gila kentang aku gagah tunggu line WiFi kat tempat aku belajar ni gerak pelan-pelan cam siput vavi. Sampai kadang-kadang aku boleh ngantuk tunggu line WiFi tu connected to website blog. Itu antara alasan utama la kenapa aku jarang sangat dapat update blog aku.
Keduanya, masa aku mula jarang menulis dulu adalah zaman ada antara bloggers saling bercekau antara satu sama lain. Jadi untuk menggelakkan aku turut terlibat sama maka aku pun mendiamkan diri. Walau asalnya hanya untuk sementara tapi akhirnya melarat sampai aku terus lupa yang aku pernah ada blog, aku pernah ada kawan-kawan kat dunia blogging ni.
Tipulah kalau aku katakan tak pernah terlintas nak aktif menulis balik macam dulu. InsyaAllah, doakan aku. Sedang berusaha mengaktifkan diri untuk menulis balik. Sebab menulis ni macam terapi yang tak perlu bayaran. Kaau sesetengah girls kat luar sana jadikan shopping sebagai terapi masa stress or ada prob tapi aku jadikan menulis sebagai terapi. Okla kan. Everyone have their own way to release stress.
Harap dapat terus menulis. Bye. :)
No comments:
Post a Comment