Disebabkan dah lama tak menulis jadi banyak cerita terkumpul, membeku dan mencair dalam otak setelah sekian lamanya. Kadang-kadang terpikir juga seronok rasanya dapat menulis apa yang kita lakukan sepanjang hari, apa yang kita rasa dalam hidup ni. Bak kata salah seorang Guru Besar di sekolah tempat aku jalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dulu,"Menulis bukan aktiviti masa lapang picisan. Perlu menulis tentang cita-cita, impian dan harapan."
Maka, speed untuk gigih menulis perlu ditingkatkan, Cerita lama, lapuk dan bersawang perlu dikumpul semula. Mungkin ambil masa tapi setiap moments yang terjadi tu ada kisah sendiri kan? So, just roll-on our life's stories. Yeahhh, semangat!!
No comments:
Post a Comment