Salam.
Masih dengan azam untuk terus menulis dengan lebih kental. Cewah.. semangat berbakul-bakul ni. Kalau dulu menulis di bilik lama, di hostel lama di atas meja penuh selesa di bilik E328, sekarang aku kembali menulis tapi di lokasi berbeza. Dulu di hostel, sebilik dengan cik Nureen, sekarang aku dah stay outside. Sebagai outsider, aku masih seperti dulu menulis kembali. Cuma lokasi sahaja berbeza. Sekarang di PSI dengan housemate tercinta.
Sekarang aku stay kat luar dengan 6 orang kawan sekelas yang lain. Alhamdulillah, setakat hari ni semuanya berjalan dengan lancar, tak gaduh-gaduh dan boleh berlebih dan berkurang dalam semua perkara. Malah, masing-masing excited memasak kat rumah sewa sekarang ni. Kitaorang siap memboikot kafe maktab selama seminggu, taip-tiap hari akan belanja dalam rate bawah RM 3 je kalau nak makan sangat pun. Walau macam-macam ragam tapi semuanya ok setakat ni. Dan aku amat harapkan semuanya akan berkekalan. Amin.
No comments:
Post a Comment