13 Mei 2012. 21 tahun berlalu saat seorang insan lahir menemani aku. Dulu seorang, kini berdua. Terima kasih atas kurniaanMu, Ya Allah. Si putih bermata sepet lengkap berlesung pipit kiri dan kanan. Walau belum pandai jalan tapi harus sedar aku bukan lagi si manja sebab dah jadi kakak. Bermula saat itu, aku si kakak, dia si adik.
Waktu kecil, jelas fizikal dia jauh lebih besar. Perut depan sehebat muncung ke depan ditarik saat merajuk. Kalau dah mula merajuk, ya ampun! Tapi si ibu dan si abah yang excited dapat 2 princess mula berangan kononnya si kakak dan si adik kembar. Baju sama, kasut sama sampai fesyen rambut pun sama. Kalau tak sama pun warna tapi design mesti sama. Dari kecil payah betul nak berambut panjang. Bimbang tak kemas kata mereka. Maka fesyen rambut ala-ala tempurung kelapa selalu jadi pilihan untuk si anak. Hai.. redha je la.. Kalau rambut panjang pun, cukup-cukup untuk buat toncit sikit je macam pokok kelapak diikat riben warna yang sama. Sampai orang tanya, "Eh, kembar ke? Sapa kakak? Sapa adik?"
Waktu kecik, dia suka curik botol susu aku. Ibu kata si adik sangat kuat minum susu tapi si kakak pulak kureng. Jadi, tugas rasmi si adik menghabiskan susu sambil terlentang angkat kaki ke atas. Macam masyuk je kan. Bila makin besar, dia selalu kena buli. Yela.. aku kan kakak? * Sila jangan ikut perangai ni. Membuli membahayakan kesihatan * Tapi dia selalu je mengalah. Contohnya, masa aku masyuk bercinta monyet dengan budak Kadet sekolah lain, dia selalu kena duduk dalam bas sorang-sorang. Masa tu aku stay hostel jadi aku dan adik jarang jumpa. Masa yang kami ada cuma duduk sama-sama atas bas 2 minggu sekali (outing hostel). Tapi aku pulak tengah tangkap cintun so sibuk jugaklah nak berdating atas bas time tu. Kesiannya adik aku. Siap merajuk, tulis-tulis surat lagi. 2 minggu jugak dia merajuk dengan aku. Huhu.. sorry sayang..
Bila aku hangout dengan dia ke bandar, kami akan lalu kawasan perumahan yang banyak orang Cina bela anjing besar-besar. Masa tu kami tinggal kat Padang Serai, Kedah, time form 2-3 masa tu. Entah macam mana satu hari tu, anjing apek yang besar gila terlepas dan terus meluru kat kitaorang. Tindakan refleks aku adalah tolak adik aku ke arah anjing untuk cover diri sendiri. Adik aku pulak dah terjerit terlolong sampai apek tu perasan dan hambat anjing dia. Fuh.. selamat! Bila aku fikir semula, jahatnya aku masa tu. Jahilnya aku time tu. Kenapalah aku tak lindungi adik aku? Aku kan kakak?
Sekarang, tak macam dulu lagi. Aku di Bangi dan dia di Shah Alam. Aku bakal cikgu, di bakal nurse. Dia makin cerah, aku makin gelap. Dia makin kurus, aku makin tembam. Jadi, takdalah istilah kembar lagi macam dulu. Aku rasa dah panjang aku melalut dari tadi. Tapi memang sengaja tulis entri ni untuk dia. Kepada Angah, Noor Farah Atiqah Aris :
" Happy Birthday my dear. Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki sentiasa. Mungkin jarang sekali ucapkan sayang tapi ketahuilah Along sayangkan Angah. Sayang sangat-sangat. "
* Legend gila tengok rambut time nie. Tak suke! *
* Baju, selipar, rambut yang sama fesyen. *
* Angah, I LOVE YOU!! muah muah muah *
10 comments:
cantik baju batik tu, lama dah tak tengok..hehe
eh, ke nama bju apa je?
mse kecik tu mmg nmpk mcm kmbar...:)
chomeyy time kecik2 hehe
thanks along ! really touched ! T_T
Saddlone ~> tu i panggil baju kelawar :)
Mia Meymi ~> kan? kan? ramai kata kami kembar. :)
ezyra daniel ~> da besar tak cumey ke?hoho.. :P
missy angah ~> jgnla touching. :)
best entry ni..:) chegu
tokey~> tenkiu2 tokey :)
Post a Comment