Assalammualaikum.
Masuk minggu kedua. Sudah mula membiasakan diri dengan suasana sekolah. Minggu yang mula padat dengan segala perancangan rancangan mengajar, portfolio praktikum, projek sekolah dan pemantauan. Pagi tadi first observation dari guru pembimbing untuk subjek major. Alhamdulillah, darjah 5 Dinamik beri kerjasama dengan baik. Cuma, yang peliknya masa aku ngajar kelas diaorang sebelum ni, aktif bebeno sampai semua pun nak bagi pendapat. Tapi bila cikgu asal diaorang masuk tadi, tetiba sunyi sepi. Dah jadi berpusatkan kepada guru pulak. Dengan erti kata lainnya, aku lebih banyak cakap berbanding murid. Sekaligus, kena dengar ceramah tak rasmi selepas observation. Tolong libatkan murid ye? Kena pelbagaikan aktiviti dan bla bla bla..
Tamat kelas selepas cikgu asal keluar, kelas mula riuh dengan murid kiri dan kanan bertalu-talu bertanya soalan dan aktif untuk bercerita. Alahai, kenapalah masa observation aku tadi kome diam bebeno pastu dah habis elok pulak tanya itu ini? Bila dirisik-risik dari salah seorang murid, dia jawab, "Ala cikgu, rasa pelik la ada orang lain tengok kita belajar. Tak syok! Kami nak belajar dengan cikgu je."
* Habis tu, camne pulak kalau Mr Lecturer nak datang observe aku pastu kome diam macam tadi? Alahai si pasif..
No comments:
Post a Comment