Pages

25 July 2012

Cikgu Praktikum dan Zapin

Assalammualaikum.
Masih dalam minggu pertama praktikum jadi tidaklah sibuk mana. Saja mengada menunjukkan kebizian itu mungkin ada. Huh. Hari ketiga di SKJB (1) Kajang ada beberapa momen yang terjadi pada cikgu ini. Sesi perkenalan dengan tahun 4 berjalan lancar. Alhamdulillah setakat tadi masing-masing mendengar kata. Good! Kalau nakal, tahulah nasib korang. Seorang murid sempat angkat tangan sambil bertanya, "Cikgu asal mana?". Cikgu jawab, "Johor". Murid tanya lagi, "Cikgu tahu menari zapin?" Respon cikgu, "Errkkk.."

* Disebabkan negeri Johor sinonim dengan tarian zapin, bermula sekarang sikit kenalah cikgu belajar zapin. Ye dak? Ok, p tekan Youtube pastu terus search Zapin sekarang. 
* Hari ni sesi lawatan sosial mengejut dari Mr Lecturer. Fuh.. Fuh.. Fuh.. *kasik jampi sikit*


No comments: