Assalammualaikum & Salam bahagia.
Sihat semua? Moga-moga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Bercakap tentang kesihatan, pernah buat pemeriksaan gigi? Hari ni kita akan bercakap tentang gigi. Kenapa gigi? Gigi adalah yang terpenting kerana kita memerlukan makanan untuk hidup dan salurannya adalah melalui mulut yang penuh dengan gigi. Boleh lihat kenapa pentingnya gigi? Bagus kalau korang semua peka tentang gigi. Bila agaknya kali terakhir korang buat pemeriksaan gigi? Bulan lepas? Tahun lepas? Atau masa sekolah dulu? Ala.. beratur untuk jumpa misi sambil pegang kad hijau.
Kebanyakan daripada murid di sekolah tidak berapa gemar dengan pemeriksaan gigi. Tambah-tambah kalau masa tu ada masalah gigi. Sudah pastilah selamat gigi ditampal atau dicabut. Maka tak hairan bila ada kisah murid sembunyi daripada misi, murid pengsan, murid menangis dan macam-macam kerenah. Mungkin dibayangi dengan kisah betapa kejam doktor gigi dan misi bertugas cabut gigi macam ni?
Sedangkan hakikatnya bukanlah sengeri itu. Menyedari perlunya guru di sekolah peka dengan masalah kesihatan pergigian murid di sekolah, kami diberi kursus tentang hal ini. 2 hari berkampung untuk tahu mengenai kesihatan pergigian. Pernah rasa macam mana kena mencangkung tepi longkang, tangan kanan pegang berus gigi, tangan kiri dengan cawan berisi air separuh? Tekun mendengar arahan misi yang menunjukkan demo memberus gigi dengan betul. Sila angguk jika pernah. -_-" Dengan kesedaran pentingnya gigi yang sihat, tekunlah kami bakal cikgu-cikgi mengikuti Kursus dan Bengkel Kesihatan Pergigian IPG 2012.
Misi baik hati menunjukkan demo gosok gigi dengan betul. TQ misi. :)
We know how much important healthy teeth to us. :)
See.. Kami sayang gigi kami. Buat kami boleh tersenyum manis.
* Jadi, hargailah gigi anda. Bayangkan tayang gusi tanpa gigi? lol. :D
** Credit to Husna for piccas.
No comments:
Post a Comment