Pages

14 July 2012

Pemergian Seorang Bonda..

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum.


Lebih kurang setahun lebih mengenali beliau. Semuanya bermula dengan penubuhan Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA). Dengan cita-cita untuk mengumpulkan semua pendebat dan mereka yang terlibat dalam pengucapan awam, kelab ditubuhkan dengan beliau sebagai penasihat. Benar.. Segalanya baru bagi kami mahupun beliau. Tapi seingat kami belum pernah beliau tak pedulikan kami. Sentiasa ambil tahu perkembangan kelab, tak jemu beri sokongan setiap program dan paling membuat kami terharu beliau sangat  supportive. Sanggup beliau berulang alik dari bilik khas untuk pensyarah menjenguk sesi latihan hingga ke larut pagi para pendebat. 

Mengenali beliau, aku sedar bukan mudah untuk disayangi murid. Tapi aku percaya bagi mereka yang mengenali beliau, beliau terkenal dengan sikap pemurah. Malah kami di barisan MT KESPA benar-benar terharu dengan sokongan beliau yang tak pernah berkira soal wang ringgit apabila mengiringi pasukan debat IPG ke mana-mana pertandingan. Orangnya sentiasa menyokong. Meski masing-masing kepenatan, menatap wajahnya yang masih bisa tersenyum itu satu kepuasan. Memberi komitmen 200 % dalam setiap penganjuran program KESPA dan sokongan 300 % untuk setiap kali pertandingan debat. 

Mengenali beliau dengan lebih rapat semasa kami dalam pasukan debat untuk Pertandingan Debat IPG Kebangsaan, sungguh aku berterima kasih atas sokongan dan yang paling tak akan aku lupa bila sempat lagi beliau mengirimkan makanan buat kami, pasukan debat yang memang tak sempat nak makan setiap kali selepas sidang debat berehat. Aku yang memang ada masalah gemuruh tak akan makan apa-apa untuk setiap kali sidang. Maknanya jika  ada 4 kali sidang hingga ke petang maka hingga ke petang tanpa menjamah makanan berat kecuali air mineral & gula-gula untuk tenaga. Tapi beliau tak pernah biarkan kami. Dititipkan pesanan agar tetap kuat, tetap semangat walau ada perlawanan yang membawa kekalahan bagi pasukan kami.

Semalam, 13 Julai 2012 tepat 11.20 pagi beliau, Puan Zubidah A. Majid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Timberland, Sarawak akibat serangan jantung. Sempat juga menziarah jenazah yang tiba dari KLIA tepat pukul 12.00 malam. Sungguh, kami sebagai anak didik dan ahli KESPA pastinya terkejut dan terasa kehilangan ini. Ya Allah, tempatkan bonda kami dalam golongan yang Engkau rahmati. Innalillah. Al-Fatihah buat beliau.

Terlihat gambar pasukan debat IPG dengan bonda. Sebak.

* Teringat pesanan beliau sebelum pergi berkursus minggu lepas : "Tolong tengok-tengokkan KESPA masa saya tak ada." Siapa sangka itu bukan petanda kami perlu jaga KESPA sepanjang beliau berkursus tapi rupanya itu amanat terakhir beliau. 

5 comments:

zera eira said...

alfatihah buat nya. :'(

Niko Yayan said...

al fatihah :)

Ibu Ilyanie(s) said...

al fatihah.. kehilangan org yg tersayang betul2 buat kita insaf ttg hidup..

p/s: jemput ke blog puterihannan.blogspot.com and folo.. :D

Anonymous said...

Terima kasih atas coretan ini. KESPA adalah amanah arwah buat kita semua. Al-Fatihah.

HanaNabihah said...

al-fatihah...semoga beliau ditempatkan bersama mereka yg beriman...amin.