Assalamualaikum.
Kesibukan dengan praktikum sangat terasa masuk hari ketiga minggu kedua ni. Apa tidaknya, setiap kali balik dari sekolah, boleh dilihat housemates yang bergelimpangan di 'port' masing-masing melelapkan mata melepaskan lelah. Kalau pun tak sibuk dengan penyeliaan dari guru atau pensyarah pembimbing, segala jenis mak nenek projek memang menanti. Housemate merangkap roomates, Cik Nurin dah mula bising dengan 6 projek beratur perlu diselesaikan atas arahan pihak sekolah. Sekaligus menuntut kudrat yang kuat bersama niat yang cuba diikhlaskan.
Dalam kesibukan, bulan Ramadhan tetap perlu dimanfaatkan sebaiknya. Sebab kita belum tentu akan jumpa Ramadhan yang seterusnya. Alhamdulillah, guru-guru di SK Jalan Bukit (1) adakan sesi tadarus beramai-ramai dan InsyaAllah Jumaat depan, 10 Ogos 2012 warga sekolah akan khatam beramai-ramai. Syukur akademik tidak mengenepikan santapan rohani. Syukur juga kerana mendapat rakan-rakan tadarus yang sangat baik dan membantu. Benarlah Islam itu bersaudara. Mendengar alunan bacaan seorang demi seorang dengan sesekali celahan membetulkan tajwid dan alunan bacaan, secara tidak langsungnya aku sebagai guru baru yang berpraktikal terasa rapatnya hubungan itu. Alhamdulillah dan terima kasih semua.
Untungnya pelatih yang masih di IPG, marathon Al-Quran atau Quranthon akan bermula 3-6 Ogos 2012. Bergilir dengan bacaan Al-Quran sehingga khatam.
** Sudah setakat mana amalan anda?
1 comment:
Nice entry! :)
Begitulah Islam. ^^
Post a Comment