Pages

10 January 2013

KECEWA

Kecewa.
Satu perkataan yang menggambarkan emosi malam ni. Rasa macam dipijak-pijak. Mungkin zahirnya orang lain nampak biasa je. Sedih dengan sikap mereka tapi masih diam. Melenting dan melepaskan kemarahan dengan cacian dan makian bukan cara terbaik yang dapat selesaikan masalah sekarang ni. Walau hati cukup panas saat ini.

Kecewa.
Bila hanya kau dan beberapa orang bersungguh. 30 minit lebih awal kau dah ada di lokasi pertemuan. Makluman pertemuan kau aturkan 3 hari sebelumnya. Tapi apa yang dapat kau lihat pada hari dan masa kejadian adalah bilangan yang tak sampai 1 per 3 daripada yang sepatutnya. Kalau kau mengharapkan sekurang-kurang separuh daripada mereka datang, itu hanya ANGAN. Hakikatnya kau bersama beberapa orang yang lain puas bersembang menanti mereka yang tak kunjung tiba.

Kecewa.
Bila permintaan secara baik diabaikan. Apa mahu arahan tegas beserta ugutan baru mahu hadir? Sudah besar panjang pun mahu ditegur, dimarah, ditunjuk satu persatu apa perlu dilakukan? Semua rasanya sudah cukup matang tahu mahu bertindak. Bukan calang-calang orang. Masing-masing mahu jadi pendidik bangsa.

Sungguh, aku KECEWA.

1 comment:

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Perkara yang baik jarang orang nak menyokong. Bersabarlah, teruskan perjuangan.