Pages

13 January 2013

Makan-Makan Bersama SugarMummy

Setiap kali awal tahun, aku tahu aku takkan boleh menanam azam untuk kurus. Sebab, dikelilingi oleh kawan-kawan yang hyper kuat makan, dilimpahkan pula rezeki mempunyai ramai kawan yang menjadi TAUKE kedai makan, *perlulah caps lock perkataan tauke supaya tauke selalu belanja makan* maka kiranya aku menyimpan azam nak kurus, lebih baik lupakan saja.

Semalam, pukul 11.15 malam bertolak dari Bangi ke Wangsa Maju memenuhi undangan kawan yang mahu menjamu selera tekak ni. Untungnya 'sugarmummy' merangkap housemate, Cik Nisak sentiasa aku heret bersama memenuhi undangan makan kawan-kawan. Jadinya, memecut la kami membelah lebuhraya dan tiba di Tat Nasi Ayam Wangsa Maju tepat 11.45 malam. Tapi suasana masih lagi sibuk dan ramai sangat customer di lokasi jemputan memandangkan ada siaran perlawanan bola sepak.


Biasanya bila kami datang ke Restoren Tat Nasi Ayam ni, kami akan cepat-cepat terkam Combo set Nasi Ayam dia. Sebab menu nasi ayamnya sedap, harganya pun boleh tahan. Disebabkan kali ini undangan lewat malam so makan ringan-ringan je. *Ringanlah sangat padahal hentam char keow teow sepingan, french fries dan air sampai 2 gelas. *


Tudia.. Tudia.. Special ni..

Jam berganjak ke pukul 1.00 pagi tapi tak terasa lewat sebab suasana masih lagi ramai dekat Restoren Tat Nasi Ayam Wangsa Maju ni. Tapi pada hemat aku, tak hairanlah kenapa masih ramai customer. Sebab menunya menarik, tertarik dan memang da bomb! Ok, boleh mintak komisen promote kedai dari tauke lepas ni. Silalah jemput kami makan selalu di sana. Hahaha.. Selesai makan, bersembang, gelak dan tersandar kenyang, kami pun berangkat pulang. Well, simple way to describe keadaan kitaorang malam tadi ialah :

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

Ok, badan makin gendut makan lewat malam. Terima kasih SugarMummy sebab join aku. Terima kasih En Manager yang mengundang kami makan di sana. Silalah jemput lagi lain kali. Ok, bye!

No comments: