Pages

12 January 2013

Please Be Nice To Me

Janji diatur jam 10 pagi tapi dek kerana tuan rumah ada urusan, janji ditunda ke jam 12.00 tengahari. Jalan lenggang di Bangi tapi semakin sesak apabila tiba di pinggiran Bandar Kajang. Keputusan diambil, laluan Kajang Silk menjadi pilihan. Tiba di Pekan Semenyih, penat dihimpit lori-lori besar di kiri dan kanan jalan. Selamat tiba di depan 'bakal' rumah sewa.

Salam diberi. Tuan rumah menjenguk disusuli oleh isteri beliau. Alhamdulillah, sekali pandang semuanya nampak selesa. Tuan rumah juga ramah dan baik. Keadaan rumah memang terjaga dan bersih. Lengkap dengan perabot dan keperluan rumah maka apa yang kami perlu bawa adalah pakaian dan keperluan diri. Mungkin juga sedikit barang makanan memandangkan tuan rumah dah sediakan peti sejuk dan dapur siap dengan perkakasnya. Ringan sikit beban kami. Nafas lega ditarik bila buka pintu bilik. Lengkap dengan katil dan almari. Rumah dengan 2 bilik, 2 bilik air beserta kemudahan dapur, peti ais, dapur, sofa, katil, mesin basuh sudah lebih daripada cukup untuk kami.

Persetujuan dicapai. Sewa RM 400 sebulan. Bermakna kami berempat perlu melabur RM 100 untuk sewa rumah bagi Praktikum 3 kali ni. Harapnya 'bakal' rumah baru dan 'bakal' housemates semuanya ok. 3 bulan yang akan datang diharapkan semuanya dipermudahkan. Amin.

* Praktikum, please be nice to me. :)

No comments: