Pages

18 February 2013

Cikgu Lemau?

Salam.
Hari pertama bersekolah semula selepas bercuti 9 hari. Sejujurnya marah dengan diri sendiri yang 'lemau'. Kenapa 'cikgu lemau' ni? Macam biskut lembik cicah dengan air milo berasap. Bercuti seminggu kemudian kembali ke sekolah dengan harapan semua dipermudahkan.

Pagi hari bermula dengan jerit pekik cikgu menyuruh anak murid beratur dengan betul dan diam. Nama pun budak. Lagi kata jangan, lagi mereka bising. Banyak cerita nak kongsi kot selepas cuti dan tak dapat berkongsi dengan kawan. Sudahnya, cikgu praktikal jadi mangsa jerit pekik jugak. Hallooo.. Apa kes nak marah pagi-pagi ni?

Tak cukup dnegan adegan sentap di awal pagi, perhimpunan berlangsung sangat lama. Hingga berganjak ke 8.30 pagi dan dalam bahasa lebih mudah telah mengganggu perancangan RPH yang disediakan. Kelas 5 Azam yang waktunya dari 8.00 pagi - 9.00 pagi terpaksa bermula pada jam 8.30 pagi. Tinggal 30 minit maka berfokus kepada penerangan guru dan lembaran kerja. Style kat sekolah pulak budak perlu siapkan latihan dalam kelas maka lembaran kerja tak boleh tidak kena bagi tumpuan jugak. Aktiviti kumpulan, puzzle dan kuiz yang dirancang tak kesampaian. Frust betul! -_-"

Bertambah sentap pulak bila ada yang membangkitkan rasa kurang sabar dalam hati. Memang dah perasan ada seorang murid dalam kelas itu yang suka sangat menyampuk bila aku bercakap. Bila disuruh jawab soalan, dia sibuk bising mengangkat tangan. Tapi jawapan yang diberikan merapu-rapu. Kadangkala dia seakan-akan mahukan perhatian yang lebih. Mula mengadu tentang biskutnya yang hilang, tak mahu berganjak dari tempat duduk walaupun diarahkan berada dalam kumpulan, mahu jadi ketua, mahu buat seorang diri aktiviti kumpulan dan mahu mendominasi kelas.

Aduhai.. anak muridku. Bila sesi penerangan nak dijalankan, dia sibuk menjerit-jerit membaca hinggakan kawan-kawan yang lain mula bising kurang senang dengan sikapnya. Perwatakan murid lelaki yang sedikit lembut itu juga menyebabkan kawan-kawan lain 'annoying' dengan sikapnya. Perlukan pendekatan berbeza menangani masalah ni. Tak boleh dibiarkan berterusan. Bimbang mengganggu proses P & P. Ya Allah, permudahkanlah.. +_+


No comments: