Pages

05 March 2013

Tarian Sewang

Salam.
Kesibukan menyekat komitmen dengan blog ini. Minggu lepas sibuk dengan penggubalan soalan ujian. Minggu ini pula minggu dilaksanakan Ujian Bulanan 1 (Mac). Lega sedikit kerana tiada penyeliaan pensyarah mahupun guru pembimbing. Hari Rabu minggu ni juga tiada aktiviti kokurikulum tapi semua cikgu kena menghadiri Mesyuarat Guru termasuklah kami guru praktikum berempat. Maka minggu ni sekolah akan sunyi dari ketukan buluh mengiringi tarian sewang.

Dengan kepelbagaian kaum di sekolah, salah satu keistimewaan yang aku kira berbeza dari sekolah aku berpraktikum Fasa 1 dan Fasa 2 ialah adanya murid Orang Asli. Pendekatan dan strategi menarik minat mereka dalam pelajaran mahupun aktiviti kokurikulum perlu berbeza. Mungkin sebab itu juga sekolah membuat keputusan untuk menjalankan Projek Tarian Sewang. Well, perkara baru untuk kami kan? :)






Cukup 3 bulan, bolehlah bersewang lepas ni. 
Cikgu sekarang kena serba boleh. Kalau tak, tak dapat kerja. -_-"

No comments: