Pages

17 March 2013

Percayalah.. Mati Itu Pasti..

Lokasi : Sebuah kedai makan pinggir pekan

Badannya kecil, berbulu lebat di dada dengan warna anak mata hijau menghiasi wajah. Dia gemar bergesel-gesel. Makin dipanggil, makin ligat dia datang mengesel terutama mengesel di celah kaki. Dari meja ke meja dia bergerak mahu bermanja. Dari jauh, ada anak kecil memanggilnya dan dia datang. Si ayah ternampak dirinya yang mula mahu mengesel lalu air milo disimbah ke badannya dengan tujuan mahu mengusir. Dia berlari takut keluar dari kedai. Lari jauh menyorok berdekatan sebuah kereta mewah. Kononnya mahu membersihkan diri yang kotor disimbah air milo. 

Tanpa dia sedar, si pemandu kereta mula memanaskan enjin kereta dan deras mahu memecut. Kreekk.. krek.. Meoooowwwwww! Tulang berlaga dihimpit tayar kereta barangkali.. Nafas semput dihembus laju. Badan yang suka mengesel itu terkulai di situ. Perlahan-lahan, darah mengalir laju dan terus laju. Mata kian tertutup rapat. Rapat dan terus rapat. Satu lagi nyawa makhluk Allah ditarik hari ini. Aturan dunia yang tak siapa tahu kecuali Dia. Sudah tertulis tamat riwayat kucing di hadapan Medan Selera itu. Itu soal kematian dia, soalnya.. mati kita bagaimana? Maka, percayalah.. Mati itu pasti. Tinggal masa dan lokasi. Itu kan memang sudah janji dari azali?

* Telan air liur lihat situasi. Ayam goreng dalam pinggan terasa kelat dan basi. 

1 comment:

Unknown said...

kesian kucing tu... yurp! mati itu pasti