Assalamualaikum..
Sepanjang di Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih, aku tak berpeluang mengajar murid-murid di kelas hujung. Dalam satu tahun ada 3 kelas iaitu Azam, Cekal dan Gigih. Maknanya kelas 4 Gigih, 5 Gigih dan 6 Gigih tak berpeluang diajar oleh Cikgu Farah. (ok, bajet femes. blueek..). Apabila dikatakan sebagai kelas 'hujung', mereka sebenarnya sangat tertarik kepada cikgu baru. Terutamanya murid-murid orang asli yang majoritinya berada di kelas belakang ini cukup suka bila ada cikgu baru masuk ke kelas mereka. Makanya, bila dapat menjadi guru ganti, aku suka bereksperimen dengan mereka. Jujurnya, aku perhatikan murid-murid di kelas hujung sangat suka bermain. Jadi bila Cikgu Farah relief di kelas mereka, tak akan lupa diselitkan aktiviti belajar sambil bermain. Bukan hanya buat kerja sendiri sebab murid akan bising dan sukar dikawal apabila disuruh buat kerja sendiri.
Salah satu daripadanya adalah relief di kelas 4 Gigih. Tenaga berlebihan digunakan sepenuhnya dalam kelas ini. Sampai di Aras 3, sudah kedengaran bunyi bising dari kelas ini. Suara jerit-pekik dan meja berdentum perkara biasa. Cikgu Farah muncul di balik pintu dan memberi salam. Kelam-kabut masing-masing berbisik sesama sendiri, "weh.. cikgu weh...", "duduk.. duduk.. cikgu datang..". Selepas semua duduk, Cikgu Farah edarkan kertas setiap seorang. Masing-masing berbisik lagi, "nak buat apa ni weh.. " dengan dibalas rakan sebelah, "ntah.. tak tahu..".
Cikgu Farah berdiri menghadap murid di hadapan kelas. Diam. Dan senyum. "Baik, semua dah dapat kertas?" Serentak dibalas, "DAH!!" Baiklah, cikgu nak buat pertandingan melukis. Tajuknya : Angkasa Lepas. "Tahu angkasa lepas?" Seorang menjawab, "Alien, cikgu!" Senyum dan membalas, "Pandai!" Yang menjawab tersenyum bangga sambil menjeling kawan sebelah, "Cikgu kata aku pandai.." Kawan sebelah mencebik, "Perasan!" "Eleh.. Kau jeles!" Cepat menenangkan sebelum tercetus pergaduhan, "Ok, jangan gaduh. Mula daripada sekarang!"
Macam-macam ragam dapat dilihat. Yang ke mula membuka buku Sains (konon nak cari gambar alien. Ada ke?), yang mula berbincang nak lukis apa dan tak kurang yang mula ke tempat kawan meminjam pensel. Aishh.. pensel pun tak ada? Macam mana kamu belajar dalam kelas? Yang ditanya, sengih sambil menggaru kepala. Selepas sejam, masing-masing tak senang duduk dan menunjukkan tanda mahu bising. Adoii.. banyak sangat tenaga diaorang ni. Dan hasilnya.. mereka dipanggil ke depan untuk menunjukkan lukisan mereka. Dan yang terpilih berpeluang ditangkap gambar. Tersentak dengan komen seorang murid, "Cikgu, tak pernah orang tangkap gambar saya". Alahai.. anak muridku. "Cikgu nak, kamu senyum lebar-lebar. Hari ni cikgu akan tangkap gambar kamu. Senyum... "
Seisi kelas diajar Tepuk Bagus sebelum Cikgu Farah keluar.
Di penghujung kelas, mereka masih SENYUM.. :)
No comments:
Post a Comment