Alhamdulillah. Selesai sesi penyeliaan bersama 5 Cekal hari ini. Kelas bersama mereka pada hari Rabu, dua masa yang terakhir sebenarnya banyak menguji cikgu terutamanya cikgu berpraktikum macam aku ni. Sebab apa? Mereka mahu keluar kelas awal untuk pulang ke rumah sebab pukul 4 hingga 6 petang perlu kembali ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum. Jadinya, masa terakhir ini dirasakan mengganggu mereka untuk pulang awal. Pengalaman bersama mereka bagi 2 kelas sebelumnya iaitu sebelum sesi "basuh otak" memang mencabar. *klik sini : Sesi "Basuh Otak". *
Tapi selepas sesi dengan mereka semalam, mereka ternanti-nanti aku masuk kelas. Alhamdulillah. Agak serabut dengan bahan untuk diselia kemudiannya mereka kejap-kejap datang ke bilik guru sambil bertanya soalan yang hampir sama. "Cikgu masuk kan hari ni?" "Cikgu jadi masuk hari ni?" "Cikgu jangan lupa masuk kelas kami". Aduhai.. anak muridku. Naik pening kepala Cikgu Farah dengan perasaan berdebar dan darah gemuruh ni. Ok, Cikgu Farah sangat-sangat berdarah gemuruh. -_-"
Masuk kelas 5 Cekal, Guru Penolong yang dilantik semalam memainkan peranannya. Umar bangun berdiri tegak memerhatikan kawan-kawan yang belum berdiri tegak. Untuk pengetahuan, Umar badannya agak besar, suara kuat dan berwajah ganas. Dia kerap bising dan tidak tumpukan perhatian kepada aku untuk 2 sesi pengajaran sebelum ini. Jadi dalam sesi "basuk otak" semalam, aku lantik Umar sebagai Guru Penolong Disiplin. Dengan melantik Umar sebagai Guru Penolong Disiplin dalam kelas 5 Cekal, kawan-kawan Umar yang lain takut dengannya. Selepas semua berdiri tegak, Umar memberi isyarat kepada ketua kelas dan salam kedengaran dari mulut-mulut mereka. Bagusnya Umar! Memberi peranan kepada murid yang bising dan memberi masalah kepada aku sebelum ini sebenarnya membantu meningkatkan harga dirinya dan mudah untuk mendapatkan kerjasama darinya. Alhamdulillah, bersyukur lagi aku hari ini.
Sesi penerangan aku jalankan. Tiada masalah. Mereka memberi respon apabila perlu. Tapi kemudiannya masalah mula menampakkan tandanya apabila mereka mula melihat jam di tangan. "Cikgu, hari ni nak balik awal. Petang kang nak kena datang lagi", Nazzuwan mula mengomel di tepi tingkap. Kawan-kawan yang lain memang alergik dengan perkataan "balik awal". Mereka masing-masing tak senang duduk. Alahai anak muridku.. Ada 10 minit lagi. Macam-macam gelagat boleh diperhati. Yang garu kepala, yang mula mengemas begnya, yang mula menutup tingkap dan yang mula mengalas beg di bahu.
Cikgu Farah perlu buat sesuatu! Misi penting untuk waktu-waktu akhir ini. Tumpuan murid perlu dikembalikan semula. Taktiknya, Cikgu Farah menyahut, "Baiklah murid-murid. Cikgu akan bagi awak balik awal sekiranya awak boleh menjawab soalan kuiz dari cikgu". Mereka bersorak. Kedengaran "Yeeeaaahh..." dari seisi kelas. Sambil senyum, soalan-soalan spontan yang berkaitan dengan topik diajukan bagi sesi penutup. Markah diberi kepada kumpulan yang boleh menjawab.
Tinggal 3 minit. Taktik kedua, "Cikgu Farah mahu dengar Tepuk Bagus dari kamu. Selagi tak sama, kamu takkan cikgu lepaskan"*klik : Tepuk Bagus*. Dan di penghujung kelas, mereka bersemangat beri tepukan yang bagi mereka terbaik. Kemudiaan, krrrriiiiiinnnngggggg.... Loceng tanda tamat waktu persekolahan berbunyi dan mereka respon "Eh, dah habis masa?". Senyuman aku berikan dengan meminta mereka bangun dan mengucapkan terima kasih.
* Tamat dengan 5 Cekal hari ini. Esok bakal berdepan dengan 4 Azam. Ya Allah, permudahkanlah...
2 comments:
mantap!!!!
seronok baca citer akak ni!!!!!!
tahniah kak :)
tq fikri.. :)
Post a Comment