Pages

15 January 2011

Warkah buat Abah..

Assalammualaikum abah..

Abah,
Orang kata syurga di bawah telapak kaki ibu, kasih sayang ayah sepanjang masa. Betul. Along setuju. Selalu kawan-kawan Along cerita semua masalah diaorang kat mak diaorang. Tapi kebanyakan masalah dan cerita-cerita Along di tangan abah. Dari kecik sampailah umur Along menginjak ke 20 tahun, Along masih mencari abah. Abah tempat Along bercerita apa sahaja. Dari masalah kecil sampai masalah besar sampailah kisah gaduh dengan pakwe semua di tangan abah. Biarlah apa orang nak kata. Memang Along anak manja. Tapi Along suka cerita kat abah sebab abah selalu tenangkan Along bila Along ada masalah, bila Along nangis abah akan pujuk supaya Along tak nangis lagi. Kadang-kadang ada perkara yang Along rasakan sangat berat tapi lepas cerita pada abah, semua lost! Hilang! Takda masalah dah.

Abah,
Dari Along kecik sampailah Along besar, terima kasih kerana abah tak pernah naikkan suara pada anak-anak jauh sekali naik tangan pada kami. Terima kasih abah sebab dah jadi ayah yang sangat happening, sangat penyayang untuk kami. Dulu masa sekolah, pantang muka lain sikit bila balik sekolah, abah akan tanya kenapa. Sampailah sekarang walaupun Along, Angah dan Ajoi dah dah jauh dari ibu dan abah pun abah macam dapat rasa bila kami ada masalah. Walaupun kami selalu saja berdalih tapi abah dapat rasa apa kami rasa. Semua perkara yang berlaku dalam hidup seharian takda yang abah tak tahu. Tiap-tiap hari abah telefon tanya pasal Along dan adik-adik. Bila Along cuti sem tapi Angah dan Ajoi pulak tak cuti sem mesti abah akan suruh Along telefon adik-adik sebab abah nak cakap dengan diaorang. Abah kata, "Kalau Along tak cuti, abah telefon Along sekali. Bila Along cuti, ada depan mata abah, abah tak risau lagi."

Abah,
Terima kasih sebab sentiasa sokong apa sekalipun yang kami mahukan dalam hidup ni. Jika ada ayah dan bapa orang lain menentukan segalanya untuk anak mereka. Abah masih memberi kebebasan kepada anak-anak abah untuk buat apa yang kami fikirkan terbaik untuk diri kami. Walaupun masa lepas SPM Along nak sangat jadi businesswoman tapi abah nak Along jadi cikgu. Mulanya memang Along tak rela tapi Along tak sanggup dengar suara abah menangis seronok bila anak abah dapat masuk Maktab Perguruan. Sebab tu Along ikut cakap abah walaupun Along tak nak mulanya. Tapi abah, terima kasih. Ini ketentuan yang terbaik bila Along fikirkan semula. Allah balas dengan kejayaan demi kejayaan hasil Along dengar cakap abah. Terima kasih, abah.

Abah,
Walau tak mewah tapi terima kasih kerana segalanya abah cuba sediakan sedaya mungkin untuk Along dan adik-adik. Terima kasih banyak-banyak abah. Maafkan Along. Along tak dapat meraikan hari jadi abah buat sekian kalinya tahun ini memandangkan jarak semakin jauh. Kalau kita masih tinggal di Melaka, InsyaAllah Along balik jugak semalam untuk sambut hari jadi abah. Ketahuilah air mata ini berlinang lagi bila dengar suara abah ucapkan, "Terima kasih Long ingat hari jadi abah. Abah sayang Along." Maafkan Along, abah sebab Along tak dapat balik sambut bersama hari jadi abah mahupun berikan hadiah buat abah untuk masa ini sebab elaun Along belum masuk. Bila Along beritahu abah, abah kata, "Takpa. Along belajar sungguh-sungguh pun dah cukup untuk hadiah hari jadi abah." Tapi ketahuilah Along terlalu sayangkan abah walau besar mana pun hadiah yang Along beri manakan mampu dibandingkan dengan jasa-jasa abah.

Abah,
Selamat Hari Lahir. Along mohon pada Allah moga abah dipanjang usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang masa. Along minta pada Allah agar dilimpahkan rahmat dan nikmat serta kasih sayangNya buat abah sebagaimana abah dan ibu curahkan kasih sayang buat Along dan adik-adik selama nie. Terima kasih abah untuk segala kasih sayang, peluk cium, keperluan, nasihat dan bimbingan abah untuk Along selama ini. Terima kasih kerana abah telah menjadi abah terbaik untuk Along dan adik-adik. Along sayangkan abah! Sampaikan salam peluk cium untuk ibu dan adik-adik di rumah.

Along sayang abah banyak-banyak sangaaattttt....

Sekian dari anak abah, Along. :)

3 comments:

angah said...

Rindu sgt kt abah,ibu dan lain2....
Along dh buat angah menangis!:'(
syg smua!mmwwxx!!

rauhah said...

nice blog....salam ukhwah dik...ziarah2 blog akak..

:L:I:L:L:Y: said...

ouhh,,how sweet of u dear..
touching woh..
slm pekenalan ye..
jemput sggah blog sy jugak..
http://lillyciouss.blogspot.com
http://mrshanell.blogspot.com