Pages

13 February 2011

Dunia Blog Hari Ini

Morning semua. Hari minggu merangkap hari siapkan assignment yang berlambak. Rutin belajar yang tak pernah kan selesai. Bangun pagi sudah menghadap laptop. Walking dari satu blog ke satu blog. Terlalu banyak fenomena yang timbul hari ke hari dalam dunia blog. Dunia blog hari ni tak macam dulu. Sekarang semua mula lihat blog sebagai medium lepas perasaan dan idea. Siapa-siapa pun boleh ada blog. Realitinya aku tengok sendiri dalam persekitaran aku. Sorang demi sorang member aku mula ada blog, mula naik traffik mencanak-canak. Ini bukan isu cemburu. Itu usaha dan strategi mereka untuk blog masing-masing.

Pagi ni aku tertarik dengan entri pemilik JiwaGua. Apa yang aku pernah rasa banyak yang dia bongkar. Bila tengok blog ni, terus-terang aku tak pernah salahkan sesiapa. Kuantiti tak melambangkan kualiti. Kebanyakan yang follow semata-mata kerana aku jengah blog mereka. Kalau slow sikit aku menjengah, kalau tak blogwalking terus senyap, terus sepi. Yeah, aku tetap tak salahkan korang sebab entri dalam blog ni memang tak berkualiti. Aku hargai kehadiran korang dalam dunia maya ni. Aku tertarik dengan statement JiwaGua pasal isu follow-menfollow. Istilah "i follow u, u follow i ye?" ada di sana-sini. Lagi-lagi blogger baru. Bagi aku, cara tu tak salah. Itu juga salah satu strategi menarik orang ke blog kita. Nak follow atau tidak itu kan hak masing-masing?

Itu belum lagi dengan timbul perbezaan blogger lama dengan blogger baru. Kalau blogger mungkin baru nak bina nama, baru nak naik tak bermakna blogger tu ntah hape-hape kan? Padahal ada je blogger lama yang dah famous, entry ntah ape-ape boleh pulak ada kipas-susah-mati mengipas blogger tu untuk memastikan blog terus naik. Heran betul aku dengan dunia blog. Cakap banyak pun tak guna. Kalau korang rajin go through dunia blog ni, mungkin korang akan bukak mata dengan lebih luas pasal apa yang terjadi.

nota kaki : Aku BUKAN kipas-susah-mati JiwaGua. Dia tak suruh pun aku kipas dia dan aku pun tak terfikir nak kipas dia sampai dia terharu bagai. Adios!

pesanan penaja : Kalau korang tengok blog ni tak best, baik korang jangan follow atau unfollow je. Bukan ape, kang aku kerek kembang kempis hidung sebab ada yang follow, sapa nak tanggung?

2 comments:

Padin said...

memang seronok tengok ragam blogger, lagi lama berkecimpung, lagi banyak isu dab hal kita boleh jumpa,

padinno.com

CHEGU ALONG said...

padin~> betul tuh..mcm2..