Pages

25 January 2013

Semangat!

Salam.
Seminggu tanpa hubungan dengan Internet. Hari ini selepas seminggu di Semenyih, kembali semula ke Bangi sebab bercuti lama dan menyelesaikan urusan yang belum selesai. Mungkin ambil masa juga untuk berehat sebentar. Tinggal berdekatan dengan sekolah bukan alasan tak merasa penat. Tempat baru, suasana baru, orang sekeliling yang baru.

Sekolah dengan 3 bangunan, mempunyai 2 sesi. Mempunyai murid Orang Asli yang comel dengan rambut kerinting, sangat pemalu dan manis senyumnya. Kelas pertama bersama sebahagian daripada mereka memberi satu pengalaman baru. Bila aku mengajar, mereka tekun memerhati, bila ditegur mereka tersengih malu. Sampaikan aku pun tersengih sama. Ya, mereka comel! Sudahnya rakan praktikum aku mengulas, "Jarang kau tersenyum di kelas pertama. Apa kes?" 

Banyak perkara baru untuk aku jadi lebih baik. Cikgu-cikgunya sangat bersemangat, Guru Besarnya lagi bersemangat! Terkebil-kebil aku dan kawan-kawan praktikum mendengar nasihat Tuan Guru Besar yang dah masuk tahun ke 40 beliau bergelar guru. 1 ungkapan beliau, "Saya suka ke sekolah. Berjumpa dengan murid satu keseronokan bagi saya walau setelah 40 tahun ini". Semangat itu aku simpan dan serap buat bekalan sepanjang 3 bulan ini.

* Minggu depan akan padat dengan bermulanya penyeliaan. Aku berharap semuanya baik-baik sehingga tamat  praktikum ini. Semangat tahun akhir.. Yeaahhh!!

Ini SK Ulu Semenyih. :)

3 comments:

hana hadi said...

buat yang terbaik untuk praktikum ni..

p/s :rindu dekat murid praktikum

cokiedacomot said...

all da best ^^ hihi .

Azee Hana said...

wah cikgu,,,chaiyok chaiyokk....=P